Nuffnang me~

Monday, October 20, 2014

Buat screenshot dengan Samsung Galaxy Tab 2 (7.0) [updated version]

Assalamualaikum.

Setelah sekian lama jeles tengok orang buat screenshot dekat FB, baru semalam berjaya buat guna hp sendiri punye. Bayangkan dia punye jeles nye sampai tak boleh fikir benda lain. Akhirnya jumpa jugak caranya. Ni semua gara-gara bila Tab 2 (samsung) tu berubah setting and appearance lepas software di update.

Ianya berlaku bila software device update kepada version 4.1.2. Bukan nak update tapi hp update secara automatik. Lepas je kejadian tuh, terus off setting untuk automatik update.

Kelmarin, dah tak tahan sangat dia punye curious nak tau, pegi la google. Mula2 banyak bahasa Indo je. Sedih, semua merepek je. Last2 jumpa ada orang comment dekat FB.

Ok, selalunya dekat tab, bahagian bawah, sebelah kiri, ada button untuk screenshot tapi lepas update, button tuh hilang dan dari saat and moment terkilan tuh la, jenuh godek hp sendiri. Lepas berbulan-bulan, baru sekarang berjaya. Meh nak share caranya dan tutorial ni dapat dari blog richard-kho.

Cara-cara:

1. Teliti Tab anda. Terdapat 2 button di sebelah kanan iaitu button 'Power' dan ' volume atas (+) & volume bawah (-).

2. Tekan button 'power' dan 'volume bawah (-) secara serentak dan jangan lepaskan (untuk beberapa saat)

3. Akan terdengar bunyi seakan bunyi flash & kerdipan layar. Lepaskan button.

4. Siap. Gambar screenshot akan di simpan didalam folder gambar.


**kedudukan button "power" dan "volume" bergantung pada version tablet yang digunakan. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jana Pendapatan

Labels

kNOw abOUt Me

My photo
You Welcome to visit my blog. Have nice reading and enjoy it. :)